Mencipta Kejayaan semasa Pandemik - dari Fizikal ke Digital

Series / Sesi #17 - Virtual Coffee / Kopi Maya

14 May 2022, (Saturday) @ 10:00am | Zoom Meeting

17.jpg

✅ REGISTER NOW / DAFTAR SEKARANGClick Here

About the Event / Mengenai Acara

This is a fireside chat session with Mohd Noor bin Akup *(Founder of MNA Ayam Madu) *****to find out more about how he push through his business during pandemic and how did he move his business from offline to online. Want to know more? Come and join us on Saturday morning by registering below.

This virtual coffee webinar will be moderated by Margareth Lita - SMA | Sarikei Innovation Center.

Ini adalah sesi sembang bersama Mohd Noor bin Akup (Pengasas MNA Ayam Madu) untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara beliau meneruskan perniagaannya semasa pandemik dan bagaimana beliau memindahkan perniagaannya dari luar talian ke dalam talian. Nak tahu lebih lanjut? Ayuh sertai kami pada pagi Sabtu dengan mendaftar di bawah.

Webinar kopi maya ini akan dikendalikan oleh Margareth Lita - SMA | Pusat Innovasi Sarikei.

About Mohd Noor bin Akup / Mengenai Mohd Noor bin Akup

Pengasas MNA AYAM MADU sejak 2015, mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sebagai pembantu peniaga gerai hujung minggu atau pasar malam sejak berumur 15 tahun, membantu kakak dalam penyediaan dan menjual menu ayam panggang, air balang dan cucur. Membina perniagaan sendiri setelah berhijrah ke Muadzam Shah,Pahang pada tahun 2015 dengan berniaga Sayap Ayam Panggang dengan menyewa stall makanan di salah sebuah food court. Mengendalikan perniagaan sendiri sepenuhnya tanpa pekerja. Bermula dengan hasil jualan RM20, tanpa putus asa dan percaya dengan menu yang dijual akan mendapat sambutan akan datang, jualan makin meningkat dari bulan ke bualan sehingga satu tahap mempunyai pelanggan tetap yang agak ramai, jualan sehari tidak kurang RM350. Pada tahun 2019 berpindah ke Sarikei,dan mula memyewa stall di Taman Impian Cafe serta berdaftar sebagai Usahawan Pusat Internet pada masa itu dan dikenali Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) sekarang, menjadi mentor atau rujukan kepada usahawan di bawah PEDi. Pada 31 Mac 2022 MNA Ayam Madu dianugerahkan sebagai Ikon Usahawan PEDi Kampung Seberang,Sarikei bagi tahun 2021-2022.